Siapa Di Belakang Aktivis Petisyen Tolak Ismail Sabri?

 

Petisyen menolak Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9 kini telah melepasi angka 300,000 semasa tinjauan dilakukan pagi ini.

Mengejutkan sekali! begitu pantas kenaikan angka menyokong petisyen itu selepas satu pihak politik tidak dipanggil mengadap Tuanku Seri Paduka Agong semalam.

Dalam pada itu penglibatan politik di sebalik petisyen sebegini tidak boleh dinafikan. Jika bukan bermotif politik, apa lagi alasan mahu digunakan bagi mengajak rakyat menolak Ismail Sabri sebagai PM?

Rakyat dimomok kononnya Ismail membawa beban Perikatan Nasional yang gagal menangani pandemik serta ekonomi rakyat. 

Kegagalan Pakatan Harapan Jangan Dilupakan

Tetapi lupakah mereka Pakatan Harapan juga sebuah kerajaan gagal. Masih ingat apakah manifesto Pakatan Harapan?

  • Hapus Tol
  • Hutang PTPTN
  • Lupus Penggunaan AES
  • GST 6% tukar kepada SST 16%
  • Petrol RM1.50/liter
  • Pendidikan Percuma
  • Tutup Lynas
  • BR1M Bujang diturunkan ke RM100
  • 1 juta peluang pekerjaan

Ini sebahagian kegagalan Pakatan Harapan, namun tidak diberikan tumpuan sebaliknya hanya menyerang Ismail berdasar kepada kegagalan Perikatan Nasional di mana dasar pemerintahannya sama sekali bukan dibuat oleh Ismail Sabri.

Petisyen berkenaan dipercayai ada kaitan dengan jumlah 114 Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada Ismail Sabri untuk dilantik Perdana Menteri Ke-9.

Beliau turut dikaitkan sebagai punca gagal mengawal peningkatan jangkitan COVID-19 seluruh negara. Selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan ketika itu, Ismail Sabri telah melakukan yang terbaik.

Namun demikian, tidak dinafikan berlaku perselisihan dalam mengawal sektor yang menjadi punca utama penyebaran virus pembunuh tersebut.

Kegagalan polisi tersebut perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuklah sikap rakyat sendiri yang masih gagal mendisiplinkan diri daripada menjadi punca penyebaran virus. 

Tidak dinafi kelemahan kerajaan Perikatan Nasional adalah faktor utama berlakunya peningkatan kes jangkitan malah kini kekurangan fasiliti perubatan antara penyumbang terbesar keseluruhan kegagalan mengawal pandemik COVID-19.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, pengesahan jawatan mesti melalui beberapa proses. Proses utama ialah pilihanraya dan itu telah dilalui Ismail Sabri serta 222 Ahli Parlimen seluruh Malaysia.

Mandat Rakyat Sehingga 2023

Seramai 222 (ahli parlimen) diberi mandat oleh pengundi unuk mewakili suara rakyat di tempat mereka. Secara sah mereka juga telah melafazkan sumpah sebagai Ahli Parlimen di Sidang Dewan Rakyat. 

Bertukar kerajaan dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional realitinya keanggotaan mereka tidak gugur secara automatik kerana tidak berlaku pembubaran parlimen. Runtuhnya Perikatan Nasional, 220 MP (2 meninggal) masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

Jadi, apakah implikasi pestisyen sebeini dilakukan aktivis yang kononnya tidak bermotif politik? Persoalannya siapakah sebenarnya di belakang aktivis petisyen yang suka menghuru-harakan keadaan politik Malaysia?

Mengapa waktu berlaku krisis dan baru saja mahu mendapat tempoh bertenang, ada pula yang cuba mengeruhkan suasana? Adakah kerana ada pihak mahukan kuasa dan kedudukan tetapi masih terhalang atau sengaja mengacau air dalam cawan hanya sekadar mengocak tenang air?

Azmin Ali Calon TPM Kerajaan Baru?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker