Antara Azmin Dan Hamzah Siapa Layak Jadi TPM?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

 

Perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sebutan selepas Perdana Menteri Ke-9, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.

Dua nama menjadi perhatian rakyat dan netizen di media sosial. Azmin Ali, Ketua Penerangan Perikatan Nasional dan Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PPBM.

 

Krisis Memuncak, Azmin Bersengketa Dengan Hamzah
Krisis Dalaman PPBM Antara Azmin & Hamzah

 

Senarai ‘SULIT’ Yang Tersebar

Dalam sebaran senarai ‘SULIT’ yang tular di media sosial, 2 nama ini berlegar untuk dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang porftfolio kanan dalam senarai kabinet yang bakal dibentuk Ismail Sabri.

Hamzah yang paling ketara untuk dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri berdasarkan jawatan beliau sebelum ini.

Memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, kedudukan Hamzah agak kuat kerana beliau mempunyai akses dengan pelbagai agensi penguatkuasa dalam negeri malah mempunyai pengaruh menentukan dasar-dasar kerajaan.

Pengalaman Hamzah Diperlukan PPBM

Bagi pemerhati politik, Hamzah seorang yang cukup berpengalaman sebelum menyertai PPBM. Pengalaman sebagai Menteri dibeberapa Kementerian semamangnya ditagih untuk membantu Muhyiddin semasa Perikatan Nasional memerintah.

Khidmat beliau juga sangat diperlukan Muhyiddin untuk melancarkan proses peralihan dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional.

Kecemerlangan Hamzah membawa sokongan kepada PPBM jelas ketika PRN Sabah sekligus membolehkan PPBM diberikan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Menerusi Hamzah juga, penguatkuasaan undang-undang terhadap rakyat dalam menangani masalah covid juga diperkenalkan.

Beliau bertegas mengenakan kompaun kepada yang engkar arahan kerajaan serta memastikan semua majikan mematuhi arahan kerajaan selaras dengan perintah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Azmin Ali Cemerlang Dalam PKR

Azmin Ali pula memegang rekod sebagai Menteri Besar Selangor yang cemerlang ketika masih bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum membuat keputusan meninggalkannya.

Kedudukan kewangan Selangor ketika beliau memegang tampuk pemerintahan sukar ditandingi mana-mana pihak selepasnya.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR antara peneraju ‘Reformasi’ dan memperjuangkan agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Krisis dalaman PKR ketika Wan Azizah menjadi Presiden PKR telah banyak mempengaruhinya untuk beralih platform perjuangan.

Terlalu banyak perkara yang tidak digemari Azmin berlaku selepas Anwar mengambil alih tampuk PKR.

Cuba bertahan dalam suasana yang tidak selesa, akhirnya Azmin membawa haluan bersama 9 lagi ahli parlimen PKR untuk menyertai Muhyiddin dalam ‘Sheraton Move’.

Azmin Berjaya Sekat Kemaraan Anwar

Ternyata keputusan itu tepat dan berjaya menyekat hasrat Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Beliau yang kemudiannya menjadi antara tenaga utama penggerak PPBM dalam perikatan Nasional terus mengorak langkah menguasai PPBM.

Faizal Azumu Sayup Ditinggalkan?

Berjaya mengenepikan momentum populariti Faizal Azumu, Azmin semakin mendapat sokongan ahli PPBM sendiri kerana rekod beliau yang berjaya menarik pelabur ke Malaysia agak baik.

Kini PPBM mempunyai 2 nama untuk diketengahkan sebagai TPM. Melihat dan menilai prestasi kedua mereka, saingan antara keduanya agak baik dengan rekod perkhidmatan yang sukar ditandingi.

Kedua-duanya dijangkakan boleh membantu Ismail Sabri dalam kelancaran pentadbiran kerajaan baru yang masih belum diberikan nama.

Hanya seorang sahaja yang boleh dipilih sebagai TPM dan mereka perlu membuktikan adakah berbaloi untuk salah seorang daripada mereka diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Siapa calon pilihan pembaca?

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker