Kabinet Hanya Diumumkan Selepas 7 September

Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Ke-9
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Perdana Menteri Ke-9, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menyenaraikan kabinet baru kerajaan selepas 7 September 2021.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan bermula 6 September 2021.

Ismail Sabri tidak perlu tergesa-gesa menamakan calon dalam kabinet beliau memandangkan kebiasaannya Perdana Menteri yang baharu hanya akan mengumumkan senarai kabinet selepas sebulan ke dua bulan mengangkat sumpah.



Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana kehilangan sokongan majoriti dan beliau akan  dimalukan dengan undi percaya di parlimen jika masih enggan melepaskan jawatannya.

Oleh demikian, peralihan transisi jawatan Perdana Menteri perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengelakkan kebuntuan kuasa eksekutif pentadbiran negara.

Ismail Sabri Terima 114 Sokongan

Ismail Sabri yang menerima sokongan daripada 114 ahli parlimen diyakini Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Baginda memperkenankan untuk Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.

Spekulasi kabinet bertiup kencang mengenai susunan kabinet kerajaan baru. Menarik sekali parti politik dalam Perikatan Nasional mula berkira-kira mahu kabinet kerajaaan lama dikekalkan.



Bagaimanapun, sikap lebih berhati-hati menangani isu senarai kabinet perlu diambil Ismail Sabri. Ini bagi mengelakkan beliau hilang sokongan sebelum pembukaan sidang Dewan Rakyat pada 6 September depan.

Bukan mudah untuk Ismail Sabri menjaga 114 sokongan yang beliau terima. Terkucil sedikit pasti ada padah menanti.

Lebih relevan senarai kabinet diumumkan Ismail Sabri selepas 7 September 2021 untuk mengelakkan beliau mencipta sejarah memegang jawatan Perdana Menteri Tersingkat dalam sejarah Malaysia.

Lazimnya senarai kabinet perlu dinilaikan dengan lebih ketat dan diperincikan kemampuan setiap individu yang akan dipertanggungjawabkan menjaga sesebuah Kementerian.



Setiap parti perlu mempertimbangkan keadaan semasa dan Ismail Sabri juga perlu menimbangkan skop Kementerian yang perlu digabungkan bagi mengecilkan kos.

Ini lebih baik di mata rakyat yang mahu sebuah kerajaan yang lebih telus dan tidak mengulangi kegagalan dua kerajaan sebelum ini iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Najib Ingatkan Ismail Sabri Perlu Utamakan Rakyat

 



Artikel Menarik 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button