Najib Ingatkan Ismail Sabri Perlu Utamakan Rakyat

 

Bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Tun Razak menyeru agar Perdana Menteri Ke-9, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengutamakan rakyat dalam pentadbirannya.

Najib menulis demikian dalam hantaran di facebook yang mengulas Ucaptama Ismail selaku PM semalam.

 

Pendekatan Keluarga Malaysia oleh Ismail Sabri turut menerima pujian Najib yang berpendapat ia sangat sesuai dalam keadaan sukar sekarang. Pelawaan Ismail kepada pembangkang juga menampakkan sifat jiwa besar Ismail Sabri dalam bersama mencari jalan untuk membangunkan semula Malaysia.

Ismail Sabri juga perlu diingatkan agar meneliti keputusan jemaah menteri Perikatan Nasional yang tidak banyak memihak kepada kepentingan rakyat.

 

 

Usah terlalu dilayan kehendak ‘tawkey-tawkey’ yang kononnya mempunyai kuasa ekonomi, sebaliknya mereka perlu bersama kerajaan membantu membangunkan semula ekonomi negara.

Jika perlu tindakan tegas menangani penularan covid, maka ‘tawkey’ juga perlu bersedia berkorban untuk ‘total lockdown’ dilakukan bagi melandaikan kadar jangkitan kes covid.

Negara Perlu Dipulihkan Segera

Negara perlu dipulihkan dari keadaan suram ekonomi dan sosial hidup rakyat. Perubahan norma baru kehidupan sebenarnya banyak menekan perasaan rakyat yang merasakan mereka tertindas kerana wujudnya peraturan yang bersifat ‘double standard’ terhadap mereka.

Cabaran besar turut menanti PM apabila barisan kabinet diumumkan kelak. Rakyat yang enggan melihat kabinet ‘Kerajaan Gagal’ terus berada dalam senarai kerana ingingkan satu nafas baru diberikan Ismail Sabri.

 

 

Perubahan bermakna perlu pengorbanan, ianya memerlukan Ismail Sabri memikirkan jalan terbaik untuk rakyat dan negara. Beliau memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat. Bagaimanapun beliau tidak boleh lagi membawa beban kerajaan lepas untuk ditanggung kerajaan baru.

Tiada Beban, Batu Jangan Digalas

Jangan ‘tiada beban, batu digalas’, begitu juga ingatan buat Ismail Sabri dalam meneliti setiap keputusan membabitkan rakyat. Seandainya beliau masih kekalkan barisan ‘Kerajaan Gagal’ maka beliau elok bersedia dengan kebangkitan rakyat.

Walaupun Najib cuba membantu, jika perkara tersebut tidak disukai rakyat bawalah seribu Najib sekalipun tidak akan jadi apa. Malah semakin dibenci rakyat kerana degil dan enggan memberi sedikit ruang suara kepada rakyat.

Mereka akan menterjemahkannya di atas kertas undi bila tiba masa dan ketika itu kelak, pujuklah dengan slogan semanis kurma sekalipun tetap jadam yang dirasakan rakyat.

Antara Azmin Dan Hamzah Siapa Layak Jadi TPM?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker