Azalina Letak Jawatan Timbalan Speaker

Azalina Othman Said
Dato Azalina Othman Said

“This is no time for ease and comfort …it is time to dare and endure.”- Winston Churchill

Memetik kata kata tersebut, Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Dato Azalina Othman Said meletakkan jawatannya secara sah semalam.

Menerusi kenyataan rasmi beliau, Azalina turut menjelaskan tindakan beliau yang telah mengambilkira semua aspek.

3 perkara utama yang digariskan Azalina cukup untuk menerangkan sebab munasabah.

  1. Kapasiti Moral Peribadi sebagai Timbalan Yang DiPertua
  2. Tanggungjawab Rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua
  3. Keberkesanan Memegang Jawatan dalam Menyokong Intergriti Awam

“Adalah menjadi satu penghormatan yang besar untuk berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua, satu jawatan yang sangat saya muliakan sepanjang 13 bulan yang lalu.”

Azalina merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang pertama mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Ketegasan beliau ketika mempengerusikan Sidang cukup disegani kawan dan lawan.

Antara Azmin Dan Hamzah Siapa Layak Jadi TPM?

 

Leave a Reply