Kes rasuah Lim, isteri dan Phang disebut semula 28 Mei

Dari kiri: Betty Chew Gek Cheng, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon

19/02/2021 02:33 PM

BUTTERWORTH, 19 Feb — Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas peguam RSN Rayer yang mewakili Lim dan isteri serta A. Ruben Kumar yang mewakili Phang, memohon masa selama tiga bulan kepada mahkamah bagi meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat sebelum menasihati anak guam masing-masing, ketika kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada prosiding hari ini juga pihak tertuduh turut memaklumkan bercadang membuat permohonan interlokutori.



Pengurusan kes rasuah Lim, isteri dan Phang ditetapkan 18 Dis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker