Agong Cemar Duli Kurnia Sumbangan

Istana Negara

 

25 Ogos 2021 – Menzahirkan keprihatinan tinggi Baginda kepada golongan asnaf, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Tanjung Pulai dan Kampung Acheh, Pekan, Pahang, hari ini.

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Istana Negara

Dalam lawatan selama dua jam bermula 3.00 petang, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal.

Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mana mencerminkan keperibadian tinggi Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

Istana Negara

Semoga sumbangan Seri Paduka Baginda ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Terdahulu Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli berangkat mengurniakan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada dua penerima di Kampung Tanjung Pulai dan Kampung Acheh, Pekan.

Daulat Tuanku.

#royal #malaysia #pahang

Kredit 📸: Bernama dan Unit Media SUK Pahang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker