Jaminan Pakatan Harapan Buat Ismail Sabri

Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menerima jaminan daripada Pakatan Harapan (PH), beliau tidak akan dipersulitkan.

Jaminan tidak akan dipersulitkan jika ada ‘Undi Percaya’ tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan di Putrajaya.

Pertemuan bersama Presiden AMANAH, YB Mohamad Sabu turut disertai Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng.

“Kita beritahu kalau suasana begini, kalau program-program (yang dibuat) pro kepada rakyat, kita tak akan persulitkan (undi percaya),” katanya kepada pemberita di luar Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Persetujuan bersama telah dicapai keempat-empat pemimpin bagi mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Ini merupakan penanda aras baru dalam politik Malaysia apabila pembangkang memberi kerjasama penuh kepada kerajaan.

Tidak dinafikan kemampuan Ismail Sabri masih belum teruji sepenuhnya namun tindakan awal beliau mempelawa pembangkang bersama menjadi aspirasi slogan ‘Keluaga Malaysia’ dalam ucapan sulung beliau selaku Perdana Menteri Ke-9.

Perikatan Nasional Perlu Jelaskan Pendirian

Leave a Reply