Kabinet Tanpa TPM Lebih Praktikal

 

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob perlu memastikan pembentukan kabinet beliau lebih praktikal tanpa mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Ini bagi membolehkan penjimatan kos yang tidak diperlukan bagi membayar gaji serta elaun lain kepada TPM.

  • Gaji PM Malaysia : pendapatan dan gaji perdana menteri malaysia sebulan adalah sekitar RM22 ribu sebulan
  • Pendapatan TPM Malaysia : Akan dikemaskinikan
  • Gaji menteri kabinet : RM18 ribu sebulan

Ismail Sabri juga perlu memastikan beliau mempunyai kawalan ke atas kabinetnya dalam setiap dasar yang akan diterapkan selaras dengan Titah Agong.

Ini akan menjamin tidak berlaku salah komunikasi dan pemahaman dalam isu isu membabitkan pelaksanaan, perjalanan serta komitmen kerajaan.

Dalam pada itu ketiadaan jawatan TPM juga akan mengurangkan pergeseran politik berkepentingan sekaligus melancarkan pentadbiran berbaki kurang 2 tahun ini.

Sebarang konflik dalaman akan lebih mudah diselesaikan Ismail Sabri tanpa perlu memecat mana mana anggota kabinetnya. 

Keluarga Malaysia Perlu Diterjemahkan

Rakyat mahukan satu nafas baru dibawa dengan tema ‘Keluarga Malaysia’ dan enggan lagi berdepan dengan kisah perebutan kuasa.

Fokus utama kerajaan dan kabinet sekarang ialah membina semula ekonomi Malaysia serta memastikan rakyat Malaysia terus dilindungi daripada wabak covid.

Tekanan dari pihak luar juga boleh dielakkan Ismail Sabri terutama serangan oleh Tun Mahathir terhadap pentadbirannya.

Semalam Ismail Sabri berjaya membuktikan kemampuan beliau berkompromi dengan pembangkang apabila berjaya membawa mereka ke meja runding dan mendapat jaminan tidak akan dipersulitkan pentadbirannya.

Saiz kabinet yang lebih kecil juga lebih effisien apabila karenah birokrasi berjaya dikurangkan. Kementerian perlu digabungkan di bawah satu bumbung sekaligus memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan serta agensi miliknya.

Cukup Dengan Hanya 11 Menteri

Lebih sesuai sekiranya Ismail Sabri hanya melantik 11 orang dalam kabinet beliau dimana jawatan Menteri Kewangan disandang beliau sendiri. Sejarah pentadbiran Malaysia membuktikan tanpa kelayakan dalam ekonomi, Menteri Kewangan boleh berjaya menguruskan kewangan dengan baik.

Tidak mustahil sekiranya salah seorang daripada wakil pembangkang turut disenaraikan dalam kabinet Ismail Sabri bagi mengimbangi pengaruh politik semua parti. 

Ini masanya untuk Ismail Sabri mempraktikkan tema ‘Keluarga Malaysia’ dan diterjemahkan dengan begitu harmoni demi rakyat dan negara yang tercinta.

Azmin Paling Layak Jadi Menteri Dalam Kabinet

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker