Kabinet #KeluargaMalaysia Dikritik Netizen

 

Pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Komunikasi dan Multi Media dalam kabinet #KeluargaMalaysia mendapat perhatian netizen.



Bagaimanapun, kritikan rakyat dan netizen terhadap kerajaan terus memenuhi ruang media sosial kerana tidak memenuhi apa yang dijangkakan.

Tugas Annuar Musa selaku Menteri KMM agak mencabar kerana beliau perlu menjelaskan maksud  ‘Keluarga Malaysia’.

 



 

Bukan itu sahaja, Annuar Musa juga perlu berdepan dengan kritikan bukan sahaja dari pembangkang malah netizen akan turut sama memberikan komen mereka menerusi pelbagai medium.

Bekas Menteri Wilayah yang juga ahli parlimen Ketereh memerlukan pasukan penerangan yang jauh lebih hebat daripada yang ada.

Masaalah yang akan dihadapi Annuar ialah berdepan dengan amarah rakyat yang mahu barisan kabinet Ismail Sabri lebih sensitif dan peka masalah serta tekanan yang dihadapi rakyat selama hampir 2 tahun.



Bagaimana Annuar mahu menjelaskan dasar serta hala tuju kerajaan dalam tempoh 100 hari? 

Adakah beliau akan membawa masuk pasukan yang sama semasa bertugas di Kementerian Wilayah? Jika beliau mengekalkan pasukan tersebut, bermakna masalah besar akan dihadapi Annuar.

Ini berikutan tingkah laku pasukan Annuar Musa di Kementerian Wilayah tidak digemari netizen dan rakyat berikutan cara mereka bersoal jawap di media sosial.

Annuar Musa perlu segera memikirkan solusi untuk menyejukkan kritikan netizen dan rakyat demi mempertahankan barisan kabinet Ismail Sabri.



Syed Saddiq Kecewa Dengan Kabinet Ismail Sabri

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button