Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan beliau akan terus melakukan yang terbaik sebagai Menteri Kewangan.

Menurutnya, beliau yang akan diumum kembali memegang jawatan tersebut akan teruskan memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas kepercayaan melantik saya sebagai Menteri Kewangan.

“Ini tanggungjawab dan amanah yang besar. InsyaAllah saya dan pasukan Kementerian Kewangan akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi negara,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Leave a Reply