Syukur Takiyuddin Gugur, Kecewa Azalina Tidak Terpilih

Azalina Othman
Dato Azalina Othman

Selepas kecewa nama Azalina Othman Said “tercicir” daripada senarai Jemaah Menteri, wakil rakyat pembangkang mahu Ahli Parlimen Pengerang itu dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat bagi memastikan sistem semak dan imbang yang lebih baik.

Tukar Tayar Belakang Ke Depan

“Saya terkejut Azalina tidak tersenarai, tapi berharap beliau akan diberi peluang mengambil alih sebagai speaker Dewan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.



Beliau yang menyifatkan senarai Jemaah Menteri baharu itu sebagai kitar semula berkata, ia seperti “kicap lama dalam botol baru” atau “tukar tayar belakang ke depan, tapi enjin masih sama”.

“Saya risau jika tiada pendekatan dan dasar baharu yang lebih baik berasaskan sains dan data, kerajaan berkemungkinan gagal sama seperti sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan langkah Ismail yang tidak melantik Azalina memegang sebarang portfolio dalam Jemaah Menteri.



“Kanak-kanak tidak akan mempunyai jurucakap yang boleh dipercayai. Bagaimana Azalina boleh terkecuali (dalam Kabinet),” katanya.

Beliau yang memegang portfolio timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika era Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Jemaah Menteri Ismail tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin Yassin.

“Komposisi #kerajaangagal yang sama, ahli politik yang sama hanya bertukar pejabat di Putrajaya,” katanya sambil menambah pelantikan Wan Junaidi Jaafar sebagai menteri undang-undang menggantikan Takiyuddin Hassan sebagai pilihan tepat.



Takiyuddin Cuba "Sembah Derhaka" Titah AGONG?
Dato Seri Takiyuddin Hassan



“Syukur Takiyuddin bukan lagi menteri undang-Undang. Wan Junaidi sudah tentu pilihan yang jauh lebih baik,” katanya.

SUA PKR Dakwa Ismail Sabri Terpaksa

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan barisan Jemaah Menteri memberi gambaran bahawa Ismail terpaksa mengimbangi sokongan politik parti dalam kerajaan bagi memastikan sokongan terhadap dirinya tidak tergugat.

Malah katanya, Ismail juga bertindak mengetepikan pandangan akar umbi parti dengan menyisihkan pimpinan utama Umno seperti Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Khaled Nordin daripada senarai Jemaah Menteri.

“Ini bukan kerajaan baharu. TPM yang lama naik jadi PM. Yang dibuat ialah kekal muka lama dan diberi portfolio baharu dengan prestasi sebagai menteri sudah diketahui umum… gagal,” katanya kepada FMT.

Hanya Rombakan Kabinet

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dalam catatan Twitter berkongsi pendapat sama dengan berkata, “sebenarnya, ini lebih kepada rombakan Kabinet.”

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendapati terdapat beberapa kementerian yang diketuai menteri dan timbalan menteri daripada parti sama.

“Ia agak menarik ada beberapa kementerian dengan menteri dan timbalan menteri daripada parti sama seperti Kementerian Hal Ehwal Agama dan Luar Negeri.”

Bagi Kementerian Hal Ehwal Agama, menteri dan timbalannya daripada PAS, manakala Kementerian Luar diketuai wakil Bersatu.

fmt



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button