Anwar Ibrahim Juara Tangguh Kes Mahkamah

 

 



 

Bakal Perdana Menteri 7,8,9 & 10, Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan ‘juara’ dalam penangguhan kes membabitkan dirinya di Mahkamah.

Sejak 1998, apabila Anwar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau berdepan kes Mahkamah di atas pelbagai pertuduhan. 

Antara pertuduhan paling mendapat perhatian ialah kes salah laku seks yang membabitkan dirinya dengan beberapa individu termasuk adik angkatnya, Sukma Darmawan.



Anwar yang sepatutnya telah lama ‘tiada’ membuktikan arsenik tidak mampu mengambil nyawanya semasa berada di belakang tirai besi.

Sebut sahaja kes yang membabitkan Anwar Ibrahim, semua enjin carian pasti akan menemukan penangguhan kes beliau.

Sepanjang karier politik, Anwar Ibrahim memang tidak pernah gagal menangguhkan sebutan kes beliau. Pelbagai kaedah serta cara digunakannya setiap kali kes berkaitan dirinya disebut dalam mahkamah.



Kehebatan Anwar sememangnya tiada tandingan sehingga hari ini. 

Walaupun ada perbandingan mengaitkan Najib dan Zahid dikatakan cuba meniru cara Anwar menangguhkan kes Mahkamah, ia tetap tidak sama seperti Anwar Ibrahim.

Tidak adil bagi mereka terutama yang lahir selepas zaman reformasi cuba untuk membandingkan ‘kejuaraan’ milik Anwar dengan individu lain.

Mereka perlu terlebih dahulu merujuk pelbagai sumber maklumat untuk lebih memahami taktikal digunakan Anwar setiap kali penangguhan kesnya. Jika sekadar memakai pendakap leher, itu perkara enteng buat Anwar.



Kenali dahulu siapa Anwar Ibrahim serta kelicikan beliau bermain politik sejak zaman mahasiswa sehinggalah kini bergelar Ketua Pembangkang.

 

Cabaran 100 Hari Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ Bermula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button