Nama Najib Razak hanya jadi tunggangan pemimpin UMNO?

Oleh – Bakhtiar Omar


Nama Najib Razak hanya jadi tunggangan pemimpin UMNO?

Tahun 2024 sudah menghampiri suku tahun pertama, nama Najib Razak dilihat hanya menjadi tunggangan segelintir pemimpin UMNO.

Mana janji pemimpin UMNO yang berdegar-degar di atas pentas satu ketika dahulu? Berlinangan air mata diusap dengan sapu tangan tetapi apa hasilnya?

Najib Razak masih belum mendapat perbicaraan yang adil dan saksama. Natijahnya, Najib masih merengkok dalam penjara dan meneruskan hukuman yang dijatuhkan Hakim.



Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan permohonan Najib, namun ia bakal di cabar Badan Peguam Malaysia di Mahkamah.

Mesyuarat Agung Badan Peguam hari ini meluluskan usul untuk memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman Najib Razak atas sabitan rasuah SRC International. – Laporan 16/3/2024

Ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan pemimpin UMNO yang seringkali menggunakan nama Najib Razak demi kepentingan politik tetapi dimanakah suara mereka?

Sampai bila bekas Perdana Menteri dan bekas Presdien UMNO akan dinafikan pembebasannya kerana perbicaraan yang tidak adil?



Merujuk kepada penghakiman Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, bahawa bahawa pemohon (Najib) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.

“Keadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga tentang memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani proses perbicaraan yang adil.

“Jika dia tidak boleh dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan yang dikenakan, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius,” – Datuk Abdul Rahman Sebli-1/4/2023

Benar, ada pemimpin politik hadir ke perbicaraan melibatkan Najib Razak tetapi hanya sekadar ‘punch card’, bagi media ambil gambar sekeping dua kemudian beredar dengan alasan ada tugasan lain.

Walhal, mereka boleh sahaja mengambil masa untuk mengikuti perbicaraan selain memberi sokongan moral kepada Najib Razak.

Sebaliknya, menerusi pemerhatian yang dibuat, hanya penyokong tegar Najib yang terdiri dari rakyat biasa tanpa ada kepentingan politik lebih setia menemani sehingga habis sesi.

Mungkin ada benarnya kata pepatah “habis madu, sepah di buang” dan inilah realiti politik hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker