Cabaran 100 Hari Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ Bermula

 

Majlis Angkat Sumpah Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ akan diadakan pada 2.30 petang ini di Istana Negara.

Seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang DiPertuan Agong.

Cabaran 100 hari seperti disebut Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob kini bermula dan akan dipantau rakyat sendiri.

Cabaran 100 Hari Bermula

Antara cabaran besar menanti kabinet ialah skim bantuan kepada rakyat serta pelan pemulihan Covid-19 dan program vaksinasi.



Beberapa kementerian juga akan menjadi perhatian utama rakyat untuk melihat hala tuju kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Kabinet juga perlu menyediakan Belanjawan 2022 dengan menyenaraikan secara terperinci setiap sen peruntukkan yang dibelanjakan. Bukan itu sahaja, ke mana wang dibelanjakan juga perlu dijelaskan kepada rakyat.

Sementara itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kementerian Kewangan untuk memperbaiki struktur ekonomi Malaysia agar kembali ke landasan yang sepatutnya.

Walaupun pasaran saham menampakkan peningkatan selepas Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, ia bukan indikator utama keyakinan pelabur sudah pulih. 



Pelaburan dari luar yang yakin dengan kestabilan politik masih belum menunjukkan peningkatan ketara.

Para pelabur dipercayai masih menunggu keputusan PRU15 samada Malaysia kembali stabil seperti zaman BN atau masih perlu mewujudkan kerajaan pelbagai parti seperti sekarang.

Menteri MITI juga dijangkakan menjadi tumpuan kerana beliau masih belum dapat membuktikan kemampuannya membawa pelaburan besar masuk ke Malaysia.

Malah menjadi antara figura tidak digemari rakyat bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Manakala KDN akan terus diterajui Hamzah Zainuddin juga merupakan antara tumpuan pemerhati politik.

Selain itu, desakan menubuhkan RCI oleh UMNO dan Pemuda UMNO terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas juga antara isu yang perlu dirungkai KDN selain penyelesaian kes Allahyarham Adib.

Semua ini menjadi perhatian dan akan dinilai rakyat Malaysia dan mereka pastinya menuntut apa yang dijanjikan Ismail Sabri seperti dalam ucapan beliau sebelum ini.

Jika ada kalangan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan, tindakan penguguran jawatan perlu diambil secara tegas tanpa kompromi.

Kini cabaran 100 hari Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ bermula.

Senarai Penuh Kabinet Diumumkan Ismail Sabri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker