Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat 8 Disember?

100 hari KPI yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob bermula hari ini. 

Bila telah ada KPI yang ditetapkan, tidak mustahil akan ada yang akan dipecat atau digugurkan kerana prestasi yang tidak memberangsangkan.

Ini termasuklah kemungkinan di kalangan Menteri Kanan itu sendiri.

Penanda aras pencapaian untuk Menteri dinilaikan menerusi pemerhatian rakyat dan suara suara netizen.



Ismail Sabri sendiri wajib mewujudkan satu badan penilai yang dirahsiakan dari pengetahuan semua menteri.

Perdana Menteri perlu ada keberanian sepertimana dilakukan Presiden Jokowi yang mengambil tindakan drastik memecat menteri yang tidak serius menyelesaikan masalah rakyat.

 

rujukan – https://jurnalmedan.pikiran-rakyat.com/cek-fakta/pr-1492280811/cek-fakta-jokowi-ciduk-dan-pecat-luhut-binsar-pandjaitan-dan-siti-nurbaya-karena-pesta-di-tengah-pandemi

Menteri Kanan dilantik wajib menunjukkan komitmen tinggi dan tidak lagi bergantung kepada pengaruh politik semata-mata seperti zaman Perikatan Nasional.



 

Azmin Ali

Antara yang diperhatikan ialah Azmin Ali. Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Ekonomi (Pakatan Harapan), Menteri Kanan MITI (Perikatan Nasional). 

Rekod beliau dalam 2 kerajaan sebelum ini tidak memberangsangkan, malah pelabur banyak menarik diri dari Malaysia sejak Covid-19 melanda.

rujukan – https://www.msn.com/en-my/news/berita/muhyiddin-perlu-pecat-azmin-kerana-gagal-urus-ekonomi-kata-pemuda-pkr-sabah/ar-BB1dffpH

 

Keyakinan mereka terhadap kemampuan menteri bertanggungjawab juga merudum berikutan ketidakstabilan politik negara.

Ramai rakyat keliru apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Kanan kerana beliau berada dalam ‘ranking’ individu tidak disukai kerana ada video yang dikaitkan dengan beliau.

Perjalanan karier politik yang ternyata tidak setia terhadap platform asal politiknya turut memainkan peranan terhadap imej Azmin.

Meninggalkan PKR hanya kerana mahu kekalkan kedudukan dalam PPBM, telah membangkitkan rasa tidak selesa kepada ahli PPBM.

rujukan – https://mykmu.net/2020/08/23/azmin-dilantik-sebagai-naib-presiden-ppbm/

Persoalannya mampukah Azmin Ali mengembalikan kepercayaan pelabur asing untuk kembali ke Malaysia?

Jika dalam tempoh 100 hari beliau tidak mampu menarik sebarang pelaburan, adalah lebih baik Azmin disingkirkan daripada terus jadi ‘batu beban’ kepada kerajaan.

Semua itu terpulang kepada Ismail Sabri samada berani atau tidak memecat Menteri Kanan selepas 8 Disember 2021.

MERDEKA 64 – Apa Pengertian Sebenar Kemerdekaan?

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker