Cristiano Ronaldo Lulus Ujian Sertai Manchester

 

Cristiano Ronaldo lulus ujian perubatan untuk menyertai Manchester United dengan nilai 21 juta pound (RM120 juta).

Menurut laporan Sky Sports News, kapten skuad kebangsaan Portugal itu sudah melengkapkan ujian perubatannya di Lisbon.

Ronaldo yang juga pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or kini hanya perlu menunggu proses untuk mengesahkan visanya.

Pemain berusia 36 tahun itu akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan menyambung 12 bulan lagi dan ditawarkan gaji 480,000 pound (RM2.7 juta) seminggu.

 



Pada tengah malam Jumaat lalu, United mengesahkan bahawa mereka mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford – 12 tahun selepas dia meninggalkan kelab gergasi Inggeris itu.

Ronaldo akan menyertai United selepas mengharungi tugasan antarabangsa dan berkemungkinan membuat penampilan pertama untuk kali kedua bersama The Red Devils menentang Newcastle United di Old Trafford pada 11 September ini.

Leave a Reply