Hilang Emas & Rekod Dunia, Menteri KBS ‘Langkah Kiri’
Kehilangan pingat emas serta rekod dunia milik atlit Malaysia Muhammad Ziyad sangat mengejutkan seluruh negara.
‘Langkah Kiri’ Menteri Belia dan Sukan seolah mengikuti beliau walaupun kini berada dalam kabinet baru. Sebelum ini beliau dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri.
Jawatan tersebut hanya bertahan 5 hari sahaja dan pencapaian terbaik beliau ialah ‘review mee kari Putrajaya’.
Terkini, Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Faizal Azumu menaikmuat mengenai protes yang dibuat delegasi Malaysia tanpa sebarang informasi terkini.
Menteri Komunikasi ‘Ketinggalan Bas’?
Lebih memalukan Menteri Komunikasi dan MultiMedia, Tan Sri Annuar Musa seolah ‘ketinggalan keretapi’ apabila menaikmuat status di twitter beliau berkenaan pingat emas sedangkan pada waktu itu Ziyad telah kehilangan emas kerana protes yang dilakukan.
Siapa yang perlu dipersalahkan dalam isu teknikal seperti yang di protes Ukraine? Adakah pegawai pengiring atlit leka dan mengambil mudah semua peraturan sehingga atlit lewat melaporkan diri seperti didakwa?
Bukan sedikit wang rakyat dibelanjakan untuk membawa pegawai pengiring ke Tokyo tetapi jika begini cara mereka menjaga atlit, adalah lebih baik Majlis Sukan Negara bertindak tegas.
Jika perlu berkeras dengan pegawai, sewajarnya mereka diberikan pengajaran setimpal. Ini membabitkan maruah atlit dan negara.
Menteri juga perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Agak memalukan bila Malaysia kehilangan pingat emas dan rekod dunia sekaligus dalam temasya bertaraf dunia.
Mampukah beliau mencapai KPI 100 hari bila saban hari ada sahaja kontroversi membabitkan diri?
Biarlah rakyat yang menilai dan memberi penilaian sebenar-benarnya.Â