Kanak-kanak lemas, sembilan selamat selepas bot karam

Kanak-kanak lemas, sembilan selamat selepas bot karam
Pasukan bomba yang menjalankan operasi di lokasi kejadian bot karam di Kota Belud petang tadi. Foto ihsan bomba

Kanak-kanak lemas, sembilan selamat selepas bot karam

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama keluarganya karam dalam kejadian di Kampung Rampaian Laut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Hayrul Sufyan Fian berusia setahun dilaporkan bersama sembilan individu sedang dalam perjalanan dari Pulau Mantanani menuju ke kampung berkenaan.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, bot dinaiki karam dan mangsa dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia oleh penduduk kampung.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama kenderaan pacuan empat roda serta bot penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi menerima laporan sebuah bot membawa 10 penumpang membabitkan empat lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak karam.

“Sembilan mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang kanak-kanak ditemui tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan operasi kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.15 petang,” katanya.

Bot karam, dua selamat dua lagi hilang



Kanak-kanak lemas, sembilan selamat selepas bot karam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading