Vaksin Covid Setiap Tahun, Siapa Tanggung Kos?

 

Terkini rakyat Malaysia dikatakan perlu mengambil vaksin covid19 setiap tahun walau telah lengkap 2 dos suntikan.

Bagaimanapun, kos suntikan vaksin yang perlu diambil rakyat masih menjadi tandatanya samada ditanggung kerajaan atau penerima suntikan vaksin itu sendiri.

CEO Pfizer, Albert Boula meramalkan penerima vaksin covid perlu mendapatkan suntikan penggalak setiap tahun.

Dalam satu temubual dengan Insider, Albert menegaskan pengambilan penggalak vaksin perlu diambil setiap tahun berikutan varian baru covid yang muncul.

Rujukan –https://www.archyde.com/covid-19-a-vaccine-no-doubt-necessary-every-year-launches-the-ceo-of-pfizer-linfo-re/

“The most likely scenario is that we will need an annual revaccination, as is the case with the flu shot.“, – Albert Boula

Di Malaysia pula vaksin dikatakan mencukupi untuk seluruh rakyat mendapat dua dos suntikan.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaskan, peruntukan RM5 bilion bagi vaksin COVID-19 adalah untuk perolehan 73.5 juta dos termasuk kos pelaksanaan program imunisasi berkenaan.

Dalam satu laporan oleh Hilary Brueck, koresponden di Insider, menyatakan ramai pakar yakin pandemik covid tidak akan berakhir sehingga 2023.

Tetapi apabila sudah mulai bertukar menjadi endemik, kehadiran virus covid tetap ada tetapi semakin lemah berikutan pengambilan vaksin penggalak.

Menteri dan Kerajaan perlu menjawap persoalan berkaitan dengan segera bagi membolehkan rakyat bersedia mental dan fizikal untuk mengambil suntikan pada masa hadapan.

Semua mata dan telinga rakyat mahu jawapan daripada Menteri Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi.

80% Telah Divaksinasi, Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker