Abang Rider Tunjuk Kemahiran Tebar Roti Canai

@dtgilham

Byk sgt order😂 #foodpanda #esekeli #fypシ

♬ original sound – fafa panda 🐼🤍 – fafa panda 🐼🤍

 

Seringkali kita memahami kerja abang rider ialah menghantar makanan yang ditempah pelanggan, namun kali ini agak berbeza bila abang rider sendiri menebar roti yang ditempah.

Khairul Mizan Mustafa, seorang penghantar makanan tiba di sebuah gerai di Tasik gelugor bagi mengambil makanan yang telah ditempah pelanggan.

Setibanya disana, beliau mendapati tempahan roti canani terlalu banyak untuk dikendalikan penjual. Khairul yang terpaksa beratur menunggu giliran simpati kepada penjual yang tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan.

Tanpa melengahkan masa, Khairul menyinsing lengan baju dan mula membantu penjual roti untuk menebar roti canai bagi mempercepatkan proses pembikinan roti canai.

Masih mempunyai kemahiran menebar membolehkan Khairul menebar dengan cepat dan sangat membantu penjual roti.

Khairul mengakui kemahiran menebar diperolehi daripada ibunya sejak berusia 12 tahun. 

“Keluarga saya juga menjual roti canai di Pokok Sena dan masih kekal berniaga di sana, emak mengajar saya sejak saya darjah enam” ujar Khairul lagi.

Aksi menebar roti oleh Khairul dirakam seorang rakannya dan dinaikmuat di tik tok telah mendapat 1.1 juta tontonan.

Leave a Reply