Caprice, Nadir Selesai Beri Keterangan Kepada Polis

Polis selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.

“Kita menghantar soalan kepada mereka pada 29 Ogos lalu dan menerima jawapan dari[ada kedua-dua individu berkenaan, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan kepada polis.

 



“Ketika ini, kami dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Sebaik kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker