Menteri Mesyuarat Apa Sampai Seminggu?

 

Menerusi tangkap layar twitter Menteri, beliau menyatakan akan mengambil masa seminggu untuk bermesyuarat bagi memahami struktur kementerian yang diterajuinya.



Jika mengambil kira penanda aras ditetapkan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri, tindakan menteri terbabit hanyalah membuang masa selama 7 hari daripada 100 hari yang ditetapkan.

Tindakan Awal Bantu Capaian Internet Menyeluruh

Perkara pertama selaku Menteri Komunikasi ialah beliau perlu bertegas dengan syarikat telco yang tidak memberi perkhidmatan setimpal dengan bayaran dikenakan.

Syarikat telco juga perlu memperbaiki mutu perkhidmatan ketika semua rakyat memerlukan akses internet yang lebih baik.

Menteri juga wajar memikirkan apa keperluan untuk pelajar yang mengikuti PdPR mendapat akses dengan baik walaupun di luar bandar.



Jika perlu dibantu dengan pemberian peranti maka menteri wajar mengusahakannya demi membantu pelajar mendapat peranti percuma khasnya untuk golongan yang tidak berkemampuan.

Tidaklah lagi ada berita pelajar terpaksa memanjat pokok atau perlu berjalan kaki hingga berkilometer semata mencari capaian internet untuk belajar.

Teknologi telco Malaysia yang agak terkebelakang perlu dipertingkatkan. Menteri boleh sahaja mengarahkan syarikat telco meningkatkan kemampuan perkhidmatan mereka.

Malah lesen syarikat television berbayar juga perlu diteliti semula kerana tidak berbaloi bagi rakyat melanggan jika hanya menyiarkan siaran ulangan.



Pengusaha, Penerbit Drama & Filem Perlu Pembelaan

Menteri juga perlu melihat kesan ekonomi terhadap pengusaha, penerbit drama dan filem yang terjejas sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Golongan artis serta krew yang terjejas pendapatan juga perlu dibantu. Keluhan serta rintihan mereka ini perlu dipertimbangkan oleh Menteri untuk mencari jalan membolehkan mereka yang terlibat dalam industri seni kembali bernafas.

Apa hasilnya jika menteri mengambil masa begitu panjang sekiranya hanya ‘wal hasil balik asal’? Hanya untuk menghabiskan karipap, teh ‘o’ dan bihun goreng setiap kali bermesyuarat?

Perlu diingatkan, kabinet baru dibentuk ini menjadi perhatian rakyat secara keseluruhannya. Penilaian yang dilakukan tidak lagi berdasarkan merit parti politik tetapi hasil kerja menteri dan kabinet.



Peruntukan yang telah diluluskan dalam belanjawan 2021 wajar digunakan sebaik mungkin. Bukan lagi diguna untuk propaganda berkepentingan seperti dilakukan kerajaan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.

Sindiket Penipuan Projek Kerajaan, Siapa Tokey Besar?

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button