Sindiket Penipuan Projek Kerajaan, Siapa Tokey Besar?

 

Gambar Hiasan

Semalam negara dikejutkan dengan kes berkaitan satu sindiket penipuan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit. 

Datuk Adly Kamaruddin 47 tahun yang didakwa melakukan perkara tersebut bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Beliau berdepan dengan 69 pertuduhan.

Kesemua penipuan tender projek kerajaan dilakukan sejak 2019 hingga September 2020.

 

 

Menurut laporan sebuah akhbar pada April 2021, kartel tersebut mengupah antara RM5,000 ke RM8,000 bagi setiap pengarah dalam syarikat yang akan menender projek kerajaan.

Modus operandi kartel turut membuka sehingga 150 buah syarikat bagi memudahkan pembahagian tender projek kerajaan dilakukan.

Maklumat berkaitan projek pula dikatakan disalurkan oleh ‘orang dalam’ namun pihak SPRM masih belum mendapat bukti sahih mengaitkan dengan tertuduh.

Lebih mengejutkan, bagi melancarkan penipuan, lebih 644 akaun bank telah dibuka menggunakan nama individu berlainan dengan kira-kira keseluruhan wang berjumlah RM100 juta.

 

 

Kemewahan melampau sindiket kartel ini membolehkan mereka memiliki 2 buah helikopter persendirian selain kapal layar dan kenderaan mewah.

Siapa sebenarnya towkey besar dibelakang sindiket penipuan ini? SPRM wajar mengheret sama mereka yang mendalangi kartel tanpa sebarang pengecualian walau ia melibatkan ahli politik.

Adly yang berdepan dengan hukuman penjara 483 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 manakala beliau perlu menyerahkan passport kepada Mahkamah dan perlu melaporkan diri setiap bula ke pejabat SPRM.

Kartel Berdepan Hukuman 483 Tahun Penjara

 

Leave a Reply