Suntik Merkuri Untuk Jadi X-Men

 

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang kemaruk dengan karakter adiwira fiksyen X-Men bertindak menyuntik tubuhnya sendiri dengan cecair merkuri, lapor akhbar Daily Star semalam.

Remaja itu dilaporkan ingin mencontohi karakter adiwira studio Marvel namun tindakan itu menyebabkan tubuhnya ditumbuhi bisul yang menyakitkan dan tidak boleh sembuh.

Dia juga turut membiarkan seekor labah-labah menggigitnya untuk meniru karakter hero ikonik, Spider-Man.



Kes tersebut dilaporkan dalam laporan Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi India. Menurut laporan berkenaan, kecederaan yang dialami remaja yang tidak didedahkan identitinya itu berlaku selepas dia menyuntik tubuhnya dengan cecair merkuri.

Remaja itu menyatakan bahawa dia berbuat demikian sekurang-kurangnya tiga kali dengan menggunakan merkuri yang diambil daripada sebiji termometer.

“Remaja itu juga mempunyai sejarah digigit labah-labah untuk meniru karakter fiksyen Spider-Man. Namun, dia tidak mempunyai masalah psikiatrik lain selain mempunyai kecerdasan otak atau IQ yang normal,” tulis laporan tersebut.



Doktor melakukan pemeriksaan toksikologi untuk memeriksa tahap merkuri dalam darah remaja itu.

Remaja terbabit bernasib baik kerana suntikan yang dilakukan, bukan semuanya pada salur darah utama, namun bisul yang terjadi pada tubuhnya itu perlu dipotong dan dia juga harus menjalani pembedahan mencantumkan kulit.

Remaja itu juga dijangka akan pulih sepenuhnya. -Agensi

Leave a Reply