Tiada Lagi Ujian Dara Di Indonesia

 

Indonesia memansuhkan syarat ‘ujian dara’ untuk calon Komando Wanita Angkatan Darat (Kowad).

Ketua Pusat Kesihatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat (AD), Mejar Dr Budiman berkata, pemeriksaan berkenaan dikeluarkan dari Arahan Teknikal (Juknis) untuk Pemeriksaan Kesihatan Badan Tentera Indonesia Nombor B / 1372 / VI / 2021.

Katanya, garis panduan teknikal terkini diterbitkan pada 14 Jun lalu.

“Peningkatan bahan ujian sebenarnya bukan hanya semakan kepada pemeriksaan alat kelamin wanita, tetapi perubahan dilakukan terhadap unsur-unsur keadaan umum keseluruhan (iaitu) anggota atas dan bawah, pendengaran, penglihatan dan jiwa.

“Secara kebetulan, apa yang menonjol adalah mengenai pemeriksaan selaput dara (membran darah).

“Ini adalah rujukan terbaru. Sesuai dengan perubahan yang berlaku, selaput dara atau selaput darah bukan lagi dimasukkan dalam pemeriksaan ujian badan untuk anggota TNI, “katanya dalam Detik.News yang memetik perbincangan diadakan oleh Change.org secara atas talian, semalam.

Katanya, tidak hanya menghapuskan pemeriksaan selaput dara, malah perkataan selaput dara turut dikeluarkan dari borang pemeriksaan pemeriksaan badan.

“Budiman pemeriksaan organ kelamin wanita tidak lagi bertujuan untuk memeriksa selaput dara tetapi untuk memastikan tidak ada masalah kesihatan yang berbahaya,” katanya.

Menurutnya, perkataan selaput dara atau selaput darah dikeluarkan dalam borang Pemeriksaan Ujian Tubuh kecuali jika ada kelainan pada fizikal alat kelamin calon berkenaan.

Budiman berkata, bukan hanya calon Kowad, malah isteri bakal tentera TNI AD juga tidak perlu menjalani pemeriksaan berkenaan.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker