Covid19 – Kes Pertama Varian Mu Di Jepun

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

Jepun, mengesahkan kes pertama varian koronavirus dikenali Mu daripada dua individu yang tiba dari luar negara melalui pemeriksaan di lapangan terbang, semalam.

Kementerian Kesihatannya mengumumkan bahawa varian Mu itu dikesan pada seorang wanita berusia 40-an yang tiba pada 26 Jun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Satu lagi kes dikesan membabitkan seorang wanita berusia 50-an yang tiba pada 5 Julai dari United Kingdom (UK).

 



Sedua-dua wanita itu tidak menunjukkan gejala ketika tiba di lapangan terbang.

Semua pelancong ke Jepun diminta untuk mengambil ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 PCR ketika ketibaan dan perlu menunggu keputusan sebelum diberi pelepasan masuk.

Jika disahkan positif Covid-19, mereka perlu dikuarantin di tempat yang ditentukan atau dimasukkan ke hospital bergantung pada gejala mereka.

Biarpun negatif, mereka harus dikuarantin selama 14 hari di rumah atau tempat yang ditentukan.

Kementerian memaklumkan akan terus mengambil langkah-langkah untuk mencegah penyebaran varian dengan memantau situasi di negara lain dengan teliti.

Isnin lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan varian Mu, juga dikenal sebagai B.1.621, sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), tahap kedua tertinggi dalam klasifikasi variannya.

Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana varian Mu disebarkan atau adakah ia imun terhadap vaksin.

Sehingga kini, varian Alpha, Beta, Delta, Gamma, Kappa, Lambda dan Mu sudah dikesan di Jepun.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker