Jari kaki budak 8 tahun tersepit di eskalator

Oleh – Syeikh Baran


Jari kaki budak 8 tahun tersepit di eskalator
Seorang ibu menenangkan anaknya yang tersepit jari kaki pada eskalator sebuah pusat beli-belah, di Kuala Lumpur, semalam.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun berjaya diselamatkan sepasukan bomba selepas jari kakinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 4.56 petang semalam.

Katanya, sebuah jentera serta lima orang anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah tersangkut bahagian jari kaki pada eskalator di pusat membeli belah.

“Kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, mangsa didapati mengalami kecederan bahagian kaki iaitu tiga jari kiri dimana salah satunya telah patah.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diberikan rawatan serta tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan sepasukan anggota bomba cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai jari kakinya tersangkut pada sebuah eskalator di sebuah pusat beli belah.

Video tersebut turut memaparkan seorang ibu cuba menenangkan anaknya yang terlibat dalam kejadian tersebut sementara kerja-kerja menyelamat dilakukan anggota bomba.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker