Four Points Sandakan Dalam Kenangan

 

Satu-satunya hotel bertaraf lima bintang di Sandakan, Four Points by Sheraton, telah menutup operasinya secara rasmi pada 31 Mei 2021.

Hotel tersebut pernah terpalit dengan kontroversi video membabitkan seorang pemimpin parti politik.

Pengakuan individu yang terlibat dalam kontroversi tidak menjejaskan langsung karier pemimpin politik berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun menyatakan video tersebut kabur dan seorang lagi individu tidak dapat dikenalpasti.



Hotel tersebut sudah beroperasi sejak lebih tujuh tahun lalu.
Pada hari terakhirnya, hotel tersebut menghantar mesej bertulis ‘Thanks All’ (terima kasih semua) melalui susunan lampu bilik bangunannya.

Netizen turut berkongsi kenangan mereka tinggal di hotel tersebut menerusi posting di media sosial, dengan berkongsi foto bilik dan pemandangan dari bilik ketika menginap di hotel tersebut.

Sejak tiga bulan kebelakangan ini, beberapa buah hotel telah menutup operasi ekoran industri pelancongan terjejas teruk berikutan wabak Covid-19.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker