Jumlah dividen ASB semakin tidak menarik sejak ketiadaan Bossku.

 

Fakta dan laporan ekonomi tidak berbohong.

Jika yang berbohong kemungkinan orang yang bercakap tentang nya sahaja yang berbohong, tetapi fakta tidak berbohong.

“Facts and figure” ada disitu kepada sesiapa yang mahu menelitinya.

Sama juga macam agama , yag berbohong atau memutar belit mungkin ustaz ustaz atau ulama tertentu , tetapi agama tidak pernah berbohong.

Semalam, sebaik sahaja jumlah dividen ASB diumumkan, ramai juga yang mengeluh terutama mereka mereka yang ada mengambil “loan” untuk melabur.

Pulangan tidak seberapa berbanding dengan pelaburan kata mereka.

Dulu ASB dan Tabung haji ada lah antara yang tertinggi dalam jumlah pulangan pelaburan dan dividen nya.

Tapi itu kisah ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Sebaik sahaja  kerajaan Barisan Nasional dijatuhkan oleh Tun Mahathir dan kuncu kuncu nya, keadaan telah berubah sama sekali.

Untuk membuktikan fitnah ada lah betul , maka bermula lah semua penjualan aset dan pemberian dividen rendah oleh kerajaan yang ambil alih.

Semenjak itu, rakyat tidak lagi menikmati segala kebaikan pulangan ekonomi kerana kerajaan Tun Mahathir perlu memberi gambaran negara berada didalam keadaan parah untuk ‘justify’ kan dakyah nya.

Berbalik semula kepada topik dividen rendah, memang ternyata , jika kita ikuti draf jumlah dividen semakin merudum dibawah kerajaan “Non Barisan Nasional’.

Jika apa yang di umum oleh PNB semalam ada lah dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim, namun keuntungan di “accumulated” dibawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri yang mewarisi dari Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir.

Apa yang jelas jumlah nya tidak begitu mengembirakan berbanding zaman pentadbiran Najib Razak.

Rakyat juga faham berkenaan keadaan ekonomi dunia , namun , Malaysia kalut sebaik sahaja kerajaan Tun Mahathir ambil alih dimana keadaan ekonomi dunia belum lagi apa apa dan Covid 19 belum pun melanda.

Kerajaan Tun Mahathir perlu beri gambaran ekonomi negara sangat teruk ketika belum teruk lagi semata mata untuk memburuk kan DSNR dan BN.

Akhir nya terbongkar juga apabila negara rupa nya miliki aset mencecah trillon dan ketika darurat negara ada wang RM 600 bilion untuk dibelanjakan.

Berbalik kepada isu jumlah dividen, tentu rakyat akan merindui zaman Najib Razak, dimana dviden Tabung haji, ASB dan LTAT sangat tinggi dan ketika aset masih belum di jual.

Kini , selain dividen rendah, aset negara juga sudah berkurangan dan hutang negara semakin tinggi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker