Ronaldo Kekal Nombor 7 Di Manchester United

 

Cristiano Ronaldo bakal menjadi penerima gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris dengan meraih 580,000 pound (RM3.33 juta) seminggu.

Malah, bintang penyerang Portugal itu menerima layanan istimewa sebaik saja kembali ke pangkuan Manchester United apabila mendapat jersi ikonik, No. 7.

Ronaldo, 36, yang sudah lulus ujian perubatan, didaftarkan dengan No. 7, menurut laman web rasmi Liga Perdana.

 



Perkara itu nyata menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kerana nomhor tersebut juga sudah didaftarkan di bawah nama Edinson Cavani.

Menurut peraturan Liga Perdana, nombor yang sudah pun didaftarkan hanya boleh diberi kepada pemain lain jika pemain asal berpindah ke pasukan lain, dan dalam situasi itu Cavani tidak akan meninggalkan United.

 



Bagaimanapun terdapat juga artikel yang menyebut, nombor tersebut masih boleh diberikan kepada pemain lain dengan mendapat keizinan khas dari pemain asal.

Dalam pendaftaran yang dikeluarkan laman web Liga Perdana hari ini, terdapat dua pemain dengan No. 7 dalam pasukan United – Ronaldo dan Cavani.

Legenda United, Rio Ferdinand sebelum ini mendedahkan, Cavani sedia menyerahkan No. 7 kepada pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

Leave a Reply