16 Jangkitan Varian Delta Dan Beta Di Terengganu

 

Sebanyak 16 jangkitan membabitkan kes penularan varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sejak akhir Julai lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes membabitkan varian Delta manakala bakinya iaitu sembilan kes membabitkan penularan varian Beta.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, berkata empat kes varian membimbangkan (VOC) direkodkan di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu 4 (empat), Marang 3 (tiga), Kemaman  2 (dua) dan masing-masing satu kes di Daerah Setiu, Dungun dan Besut.

Katanya, tindakan kawalan bagi memastikan tiada perebakan varian itu segera dilakukan terutama melakukan pengasingan pesakit dan kontak rapat sepanjang tempoh kuarantin.

“JKNT meminta seluruh masyaraka termasuk individu yang sudah lengkap menerima vaksinasi supaya terus mematuhi prosedur operasi srandard (SOP) ditetapkan.

“Bagi mengurangkan risiko dijangkiti VOC COVID-19, masyarakat disaran agar sentiasa mengelakkan berada di kawasan bersesak dan bersembang dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika mengulas peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, Dr Kasemani berkata, saringan pengesanan kes aktif (ACD) bersasar di beberapa lokaliti dilakukan antara faktor peningkatan kes.

Katanya, peningkatan kes yang dijangka akan berlarutan dalam tempoh dua minggu mulai hari ini juga disebabkan saringan wajib kemasukan ke penjara dalam kalangan Orang Kena Tahan (OKT), saringan pekerja dari tapak bina, aktiviti merentas negeri dan juga aktiviti perkumpulan.

“Susulan aktiviti pengesanan secara besar-besaran dilakukan, kita menjangka peningkatan kes akan terus berlaku dalam masa dua minggu akan datang.

“Penguatkuasaan akan terus ditingkatkan bagi memastikan amalan norma baharu dan pematuhan SOP dipatuhi secara optima,” katanya.

Dr Kasemani berkata, JKNT akan memastikan aktiviti penguatkuasaan dilakukan di semua premis termasuk restoran dan di tapak pembinaan dan permis perniagaan.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker