Mark Adam Sedia Kembali Jadi Deejay Radio

 

Penyanyi Mark Adam bersedia menceburi mana-mana bidang seni termasuk sebagai kerjaya sebagai deejay radio jika diberi peluang sekali lagi.

Mark berkata, dia enggan terlalu memilih, sebaliknya menerima setiap tawaran sebagai pembakar semangat untuk melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Setiap tawaran yang diberikan adalah amanah. Saya tidak pernah serik atau berputus asa kerana apa yang terjadi saya lihat sebagai pelajaran. Jika ada tawaran dalam bidang pengacaraan, pelawak, penyampai radio atau penyanyi, saya terima. Lagipun semua ini adalah rezeki Allah.

“Saya perlu memikirkan tanggungjawab terhadap ahli keluarga serta ibu di kampung halaman dan meneruskan kehidupan bersama isteri.

Jadi, saya tidak mahu memilih atau menyesali apa yang berlaku. Paling penting adalah perancangan hidup untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” katanya.

Mark berkata, walaupun ‘jodoh’ sebagai penyampai radio Hot FM tidak panjang, namun dia mengakui semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu.



“Antara sebab saya terjun dalam bidang penyampai radio adalah untuk memperbaiki bahasa Melayu supaya lebih fasih dan itu dibuktikan semasa menggalas tugas ketika bersama stesen radio itu.

“Selama tempoh enam bulan menjadi penyampai radio, penguasaan bahasa Melayu saya semakin baik. Saya tak akan berhenti untuk belajar lagi walaupun sudah tidak bekerja di stesen radio sekarang.

“Saya masih banyak membaca selain banyak menonton pengacara-pengacara beraksi dan bertutur dalam bahasa Melayu,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Mark dan Fizie terpaksa meninggalkan konti stesen radio itu apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker