Ridzuan Gagal Pertahan Emas Rio

 

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi gagal mempertahankan kilauan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menamatkan acara 100 meter (m) lelaki T36 di tempat keempat, sebentar tadi.

Ridzuan atau dikenali sebagai ‘Dik Wan’ menamatkan perlumbaan final dengan catatan 12.15 saat (s) dan ketinggalan 00.13s di belakang pemenang pingat gangsa dari Argentina, Alexis Sebastian Chaves.

James Turner dari Australia meraih perak dengan catatan 12.00s manakala Deng Peicheng dari China memenangi emas dengan catatan temasya yang baharu, 11.85s.

Semalam, rekod temasya 12.07s yang dipegang Ridzuan di Rio 2016 diperbaharui Turner dalam perlumbaan saringan dengan catatan 11.87s sebelum ia sekali lagi dipecahkan Peicheng, hari ini.

bh

Leave a Reply