Suspek Rogol, Liwat, Bunuh Kerani Disambung Reman

 

Perintah reman terhadap suspek kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal pada minggu lalu dilanjutkan enam hari lagi bermula Sabtu.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Muhammad Firdaus mengarahkan perintah reman disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 29 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.45 pagi.

Sinar Harian pada 29 Ogos lalu melaporkan, seorang wanita maut dipercayai dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi, di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang perabot di Sungai Bakap dikatakan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 40 tahun itu dirogol dan diliwat sebelum dibunuh oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan suspek berusia 29 tahun yang tinggal di taman perumahan yang sama untuk siasatan lanjut dan direman selama tujuh hari sehingga Sabtu bagi siasatan lanjut.

sinar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker