Rakyat Kurang Senang Dengan Pelantikan Muhyiddin

 

Oleh  – Bakhtiar Omar

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan surat pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.



Lantikan tersebut disahkan Tan Sri Dato Seri Mohd Zuki bin Ali selaku Setiausaha Jemaah Menteri/ Ketua Setiausaha Negara.

Pemilihan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan beliau untuk menerajui strategi pemulihan negara. 

 



 

Pelbagai reaksi rakyat terus membanjiri media sosial sejurus mengetahui pelantikan Muhyiddin.

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi antara sasaran kecaman serta kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana merasakan Muhyiddin tidak layak untuk jawatan itu.

Netizen dan rakyat mula mempersoalkan keperluan Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi MPN dan diberikan taraf Menteri.



 

 

Sedangkan selama 17 bulan Perikatan Nasional dibawah pentadbirannya gagal menangani masalah ekonomi dan penularan covid.



Turut dipersoalkan ialah emolumen yang bakal diterima Muhyiddin apabila diberikan taraf Menteri.

Mereka turut menyoal mengapa kerajaan perlu membazir ketika ekonomi rakyat sendiri belum terbela sepenuhnya.

Komentar Twitter Keras

 



 

Menerusi pemerhatian di twitter sebuah portal mendapati komentar agak keras dilontarkan terhadap kerajaan, Ismail Sabri dan Muhyiddin.

Ada juga komen yang mahu Pilihanraya Umum disegerakan bagi membolehkan rakyat mendapat sebuah kerajaan yang lebih stabil dan tidak terkesan dengan ugutan berbaur politik.



 

Muhyiddin digambarkan sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah Malaysia dan merupakan seorang PM bagi sebuah kerajaan ‘tebuk atap’.

Kerajaan sekarang pula diberikan gambaran sebagai sebuah kerajaan ‘kitar semula’ kerana tidak banyak perubahan dalam kabinet manakala seorang yang gagal diambil untuk menjadi Pengerusi MPN.

 

 

Walau cubaan Muhyiddin menyejukkan keadaan dengan mengumumkan beliau tidak akan mengambil sebarang elaun atau bayaran sebagai Pengerusi MPN, ia tidak banyak membantu sebenarnya.

 

 

Rakyat sudah melabelkan Muhyiddin sebagai ‘ RepackageFailure’ dan Perikatan Nasional sebagai ‘Kerajaan Gagal’.

Ismail Sabri Tidak perlu Tunduk Tekanan Politik

Jelas sekali apa juga yang cuba dilakukan, rakyat tidak akan menerima kembali kehadiran Muhyiddin.

Imej tersebut dikhuatiri akan mendatangkan kesan terhadap Ismail Sabri dan kerajaan hari ini.

Sebagai pemegang kuasa eksekutif, Ismail Sabri perlu menilai semula pelantikan Muhyiddin dan beliau tidak perlu gentar dengan sebarang tekanan dari mana mana pihak yang berkepentingan politik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button