Lelaki Disyaki Anggota Kongsi Gelap Ditahan Polis

Unit Pencegahan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah menjalankan Op Cantas di kawasan Taman Air Merbau Jasin Melaka.

Dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya menahan ( ) orang lelaki india berusia antara 30 hingga 43 tahun yang sedang berkumpul di kawasan padang permainan sambil minum minuman keras.

Hasil pemeriksaan ke atas bahagian tubuh badan (7) lelaki india yang ditahan, pihak polis telah menemui beberapa tattoo disyaki ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 21 dan 08 manakala pemeriksaan ke atas seoorang lagi tangkapan tidak menemui sebarang tattoo kumpulan kongsi gelap.

Kesemua tangkapan berasal dari Jasin, Melaka dan siasatan polis diteruskan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat perlibatan mereka dalam sebarang kegiatan jenayah.



Siasatan telah dilakukan dibawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit.

Selain daripada itu tindakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) PPPDPPB ( Langkah Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan ) 2021 ke atas semua ( )  individu terlibat kerana melanggar SOP berkumpul dan minum minuman keras turut di kenakan.

FB Polis Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker