Siasatan Babit Caprice dan Nadir Sudah Lengkap

 

Kertas siasatan membabitkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sudah lengkap dan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan sudah lengkap dan dirujuk kepada IPK Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah selesai mengambil keterangan semua pihak berhubung dakwaan berkenaan dan siasatan sudah lengkap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

metro

Caprice Masuk Wad, Demam Selepas Dos Ke 2

Leave a Reply