Tiada Pujian Atas Pelantikan Muhyiddin

 

Carian berkaitan pelantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak menemukan pujian melainkan daripada Presiden PAS sahaja.

Rata-rata netizen tidak mengalu-alukan pelantikan Muhyiddin malah mereka mengaitkan ‘Kerajaan Gagal’ sebagai permulaan Perikatan Nasional kembali memerintah.

Hari ini 160 NGO telah menyerahkan memorandum kepada Istana Negara untuk dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

“Muhyiddin telah pun gagal ketika jadi pengerusi MPN sebelum ini, jadi kita tak nampak sebab kenapa kita perlu letakkan seorang pengerusi yang telah pun gagal sebelum ini mentadbir negara sewaktu pandemik sebagai pengerusi MPN sekali lagi.” – Gerakan Reset Malaysia

Jika ditinjau dalam twitter, para pelayar mengkritik Ismail Sabri yang dilihat terlalu lemah dalam menguruskan kabinetnya sendiri sehingga memerlukan Muhyiddin.

Dalam pada itu, tiada seorang daripada kepimpinan UMNO mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan tersebut.

Kegagalan Muhyiddin selama 17 bulan menguruskan negara bukanlah rekod yang baik untuk beliau menjadi Pengerusi MPN.

Justeru itu apa kriteria yang ada pada Muhyiddin sehingga dipilih jemaah kabinet?

Ada spekulasi mengatakan semua ini ada kaitan dengan susun atur politik yang telah dirancang Muhyiddin terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Tidak mustahil ia berlaku berdasarkan watak sama dalam Perikatan Nasional yang kembali dalam kedudukan kabinet Ismail Sabri.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker