Cuba beri vaksin kepada kanak-kanak

 

CUBA menjadi negara pertama di dunia memberi vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia dua tahun.

Langkah ini bagaimanapun tidak mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dengan populasi penduduk mencecah 11.2 juta, negara itu sudah menyelesaikan ujian klinikal vaksin Abdala dan Soberana kepada kanak-kanak di bawah umur.



Suntikan dimulakan kepada penerima berusia 12 tahun ke atas.

Pada Isnin pula, suntikan mula diberikan kepada kanak-kanak berumur 2-11 tahun di wilayah tengah Cienfuegos.

Vaksin yang dibangunkan di Cuba itu bagaimanapun tidak menjalani ujian di peringkat antarabangsa.
Ia berdasarkan teknologi gabungan protein yang sama digunakan Novavax Amerika Syarikat dan Sanofi Perancis.

Negara yang terletak di Caribbean itu merancang untuk memberi suntikan kepada semua kanak-kanak sebelum pembukaan sekolah sejak Mac 2020.

Beberapa negara umumkan untuk memberi suntikan vaksin covid-19 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun seperti China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Venezuela.

Cuba juga turut berdepan kenaikan kes COVID-19, dengan jumlah 689,674 jangkitan dan 5,703 kematian.

awani

Leave a Reply