Rantau Asean dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk

Rantau Asean dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk

Rantau Asean dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
GUNUNG Marapi di Sumatera meletus 4, Disember lalu yang turut meragut nyawa penduduk. FOTO Antara Foto/Reuters

Jakarta: Rantau Asean mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana Asean (Pusat AHA) yang berpejabat di Jakarta.

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, BNPB melaporkan mengenai kejadian banjir, tanah runtuh dan bencana berkaitan angin di beberapa wilayah termasuk Bengkulu, Gorontalo, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Lampung, Nusa Tenggara Barat, Papua, Riau, Sulawesi Selatan dan Sumatera Selatan.

“Empat maut, seorang cedera selain kerosakan infrastruktur kediaman, pendidikan dan awam serta tanah pertanian,” menurut Pusat AHA dalam maklumat terkini mingguannya.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan banjir di Pahang manakala majlis pengurusan bencana Filipina NDRRMC melaporkan mengenai kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara, Davao de Oro.

Sehingga 10 Februari, NDRRMC melaporkan 33 maut, 89 hilang, 35 cedera manakala lebih 1,300 keluarga yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.

Selain itu, Indonesia dan Filipina juga merekodkan 12 gempa bumi melebihi 5.0 pada skala Richter di samping lapan kejadian aktiviti gunung berapi.

Rantau Asean dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker