Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah

Oleh – Syeikh Baran


Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah
GAMBAR FAIL

Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini dalam persekitaran pasaran yang lengang menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena Tahun Baharu Cina.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tidak berubah, rendah sedikit 0.08 mata kepada 1,512.28 daripada paras pentutup 1,512.36. pada Khamis.



Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Februari bersempena dengan cuti umum Tahun Baharu Cina 2024.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.46 mata kepada 1,513.82 dan bergerak antara paras 1,509.56 dan 1,514.72 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 530 berbanding 313 manakala 445 kaunter tidak berubah, 999 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.862 bilion unit bernilai RM1.096 bilion daripada 3.25 bilion unit bernilai RM2.0 bilion pada Khamis.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading