Resepi – Popia Vietnam Warna Warni

 

 

Popiah Vietnam warna-warni ini sedap mata memandang, tapi lagi sedap jika dapat dinikmati!

Kredit resepi: Seismik Makan

Bahan-bahan:


– Crabstick secukupnya (dicelur)
– 1 biji lada benggala kuning (dihiris nipis)
– 1 biji lada benggala merah (dihiris nipis)
– 1 biji timun Jepun (dihiris nipis)
– 1 biji lobak merah (dihiris nipis)
– 1/4 biji kubis merah (dihiris nipis)
– kertas beras secukupnya
– Daun salad
– Daun ketumbar

Cara:
1. Celur crabstick kedalam air mendidih. Kemudian potong menjadi hirisan nipis.
2. Potong kesemua sayuran menjadi hirisan nipis.
3. Untuk buat popiah pula, celup kertas beras kedalam air bersuhu bilik selama 3 saat. Keluarkan dan bentangkan ke atas pinggan yang leper.
4. Mula lapiskan sayur-sayuran dan crabstick ke atas kertas beras. Gulung serta merta.
Popiah Vietnam sudahpun siap untuk dinikmati!

Leave a Reply