Siti Nurhaliza Main TikTok, Wajah Makin Muda

@toktitiktok

Tiba tiba Tok K masuk bilik😅🤦‍♀️

♬ JEREEE Remix – JEREEE

Penyanyi nombor 1 negara dan kesayangan ramai dikenali sebagai Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sememangnya cukup terkenal dengan bakat nyanyiannya.

Malah personalitinya juga membuatkan ramai yang senang dengan anak kelahiran Pahang ini.



 



Selain itu ibu kepada dua anak ini juga cukup cantik dan menjadi kesayangan ramai kerana keperibadiannya cukup luarbiasa sekali.

Terbaharu satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan Siti Nurhaliza telah mencuri perhatian ramai.



Dalam rakaman tersebut kelihatan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi sedang asyik menari mengikut trend terkini di aplikasi tersebut.



Tidaklah keterlaluan, hanya menggunakan gerakan tangan sahaja namun tetap nampak cantik!



Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila tiba-tiba suaminya masuk ke dalam bilik dan reaksi Siti Nurhaliza kemudiannya membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman Siti Nurhaliza ‘main’ TikTok ini:

Perkongsian rakaman Siti Nurhaliza ‘main’ TikTok ini telah meraih lebih 2.3 juta tontonan dan 200 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat penyanyi no 1 negara ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button