Anda Sanggup Cium Pemilik Bibir Terbesar Dunia?

 

Seorang wanita dari negara Bulgaria iaitu Andre Emilova Ivanova yang berusia 23 tahun berasa bangga apabila dia kini dinobatkan sebagai wanita yang memiliki bibir paling terbesar di dunia.

Bibir Andrea tersebut bukanlah jadi sebegitu secara semulajadi akan tetapi melalui prosedur suntikan asid hyaluronik yang telah dimulakannya sejak dari tahun 2018.



Seperkara yang harus diketahui, Andrea merupakan penuntut bidang falsafah di Universiti Sofia.

Andrea ternyata tidak kisah untuk menghabiskan wang untuk memiliki bibir besar yang dirasakannya cantik dan seksi itu.

Samada benar atau tidak, Andrea mendakwa ada mendapat pujian yang mengatakan wajahnya adalah seperti patung Barbie hidup.

 



 

Walaupun saiz bibir Andrea kini sangatlah besar hingga hampir menutup lubang hidungnya, dia masih berniat untuk meneruskan suntikan secara berterusan walaupun sudah dinasihati supaya berhenti berbuat sedemikian.

Hal ini kerana kekerapan menyuntik bibir dengan asid hyaluronik boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya.

Cuma buat masa sekarang, Andrea yang memiliki seramai lebih 4000 orang pengikut di laman akaun Instagram mendakwa tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

Walaupun sering diejek dan dijadikan sebagai bahan ketawa oleh netizen di laman media sosial, semua itu tidak menghalang perancangan Andrea yang merancang untuk meneruskan hidup dengan bibir tersebut .



Bahkan terdapat laporan mendakwa dia sudah pun menjalani operasi pembedahan pembesaran payu dara seperti yang dirancangnya sebelum ini.

jack lester

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button