Perang Anwar & Azmin Berebut Tampuk N.Sembilan?

 

 

Krisis di Negeri Sembilan nampaknya semakin buruk dan menanti masa untuk terbongkarnya watak sebenar yang memainkan peranan perebutan tampuk kepimpinan.

Meneliti perkembangan krisis, kelihatan ramai ahli PKR yang tidak berpuashati dengan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Segalanya bermula apabila terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat di mana ramai penyokong tegar Azmin Ali tersingkir dari Pakatan Harapan.

Ini menjadikan kedudukan Aminuddin lebih selesa tanpa dibayangi pengaruh Azmin Ali.

Semua pihak maklum pengaruh Azmin masih berbekas dalam PKR walau selepas beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

 

Jika tidak, masakan Azmin mampu menarik 10 orang ahli parlimen PKR untuk bersama beliau meninggalkan PKR sedangkan ada yang telah berjuang semenjak era reformasi.

Sudah pasti penyokong tegar Azmin mahu menyingkirkan Aminuddin agar mereka dapat membawa Perikatan Nasional memerintah sekaligus menumbangkan PH di Negeri Sembilan.

Malangnya umur PN tidak panjang dan tumbang pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, perancangan untuk menukar tampuk kepimpinan N.Sembilan masih diteruskan dengan menggunakan formula lain.

rujukan – https://www.facebook.com/330750857632133/posts/828823697824844/

Azmin sebagaimana diketahui tidak mempunyai ‘grass root’ dalam PPBM. Oleh demikian beliau semestinya merasakan perlu satu gerak kerja untuk dibuktikan kepada kepimpinan PPBM bahawa beliau masih ‘berbisa’ dalam PKR.

Ini akan menaikkan ‘saham’ beliau di mata ahli PPBM dan meyakinkan bahawa beliau setia kepada PPBM.

HANYA PH DAN BN DALAM DUN NEGERI SEMBILAN

Sebagai rekod, PPBM tidak mempunyai seorang pun wakil dalam Dun Negeri Sembilan.

Sebaliknya PH ada sebanyak 20 kerusi (11 DAP, 6 PKR, 3 Amanah) dan PN ada 16 kerusi (15 UMNO, 1 MIC).

Jadi bagaimana PPBM mahu menguasai DUN Negeri Sembilan?

Anwar pula sudah pasti tidak akan menyerah kalah dengan hanya membiarkan perancangan menumbangkan PH dan menukarkan Aminuddin berlaku dengan mudah.

rujukan – Siapa Dalang Krisis N.Sembilan?

BERJAYAKAH ANWAR SEKAT PENGARUH LAIN DI N.SEMBILAN?

Walau ada kepimpinan PKR N. Sembilan telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sudah pasti Anwar akan bertindak selangkah kehadapan bagi menyekat berlakunya pertukaran kerajaan.

Semua mata kini memandang sehingga bila krisis ini akan berakhir dan siapakah akan muncul sebagai pemenangnya kelak.

Samada Anwar berjaya menunjukkan taringnya atau terpaksa akur dengan kekalahan yang bakal berlaku di Negeri Sembilan hanya akan diketahui selepas semuanya terbongkar.

Semuanya kini bergantung kepada ahli PKR yang telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Adakah mereka akan melompat ke PPBM sekiranya berjaya menumbangkan Aminuddin dan kerajaan PH N.Sembilan?

Jika memilih melompat ke PPBM ini membolehkan mereka menyusun gerak langkah bagi menghadapi Pru15 dengan meletakkan calon PPBM di setiap kawasan yang ditandingi PH.

 

Zahid ‘Berdosa Besar’ Kepada UMNO

 

 

Leave a Reply