Resepi – Telur Pindang Ala Johor Untuk Kenduri

Telur Pindang

Ramai tahu telur pindang merupakan antara ‘hadiah’ di setiap kenduri kahwin terutama di Johor. Bagaimanapun untuk membuat telur pindang memerlukan proses yang panjang serta agak rumit.

Untuk itu disini saya kongsikan resepi serta bahan untuk membuat telur pindang ala Johor yang sering saya buat jika ada permintaan.

Bahan bahan

Telur ayam (cuci bersih)
Daun dan batang serai
Daun pandan
Daun manggis
Daun lemuni
Daun jambu batu
Daun lengkuas
Ubi lengkuas
Daun senduduk
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Garam kasar

Cara-cara menyusun atur daun didalam periuk

susun daun serai sebagai alas dalam periuk
Aturkan telur ayam
Susun daun daun lain
Tabur ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Ulang proses sampai habis

Rebus selama 72 jam. Pastikan jika air berkurang, gunakan air panas untuk menambah air di dalam periuk yang digunkan merebus telur pindang. 

Tips – Jangan guna air sejuk untuk menambah air, nanti telur retak dan pecah.

Leave a Reply