Tidak Ada Kenyataan Rasmi Istana Negara

 

Semalam Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah bersetuju usul undi percaya tidak perlu dilakukan di parlimen.

rujukan – Agong Perkenan Tiada Usul Undi Percaya

Bagaimanapun carian di laman rasmi Istana Negara tidak menjumpai sebarang kenyataan berkaitan apa yang dinyatakan oleh Wan Junaidi serta laporan portal berita seperti tersebar semalam.

 

 

Apa yang ditemukan pagi ini hanyalah Baginda menerima mengadap Perdana Menteri bagi menyembahkan mesyuarat pra-kabinet.

Dalam pertemuan maya itu, Tuanku Agong dan Ismail Sabri membincangkan hal berkaitan urusan negara.

Semalam pula Agong hanya menerima mengadap Panglima Tentera Darat, Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain. 

 

 

Usul undi percaya di parlimen menjadi panas berikutan desakan pembangkang yang mahu Titah Agong dilaksanakan bagi mengabsahkan kedudukan Ismail Sabri.

rujukan – Kenyataan Peguam Negara

Walau bagaimanapun, ramai pihak berpendapat usul itu tidak perlu dilakukan lagi. Peguam Negara turut menyatakan hal yang sama walau didesak pembangkang.

rujukan – Kenyataan Lim Kit Siang

Persoalannya adakah benar Agong telah memperkenankan agar usul tersebut tidak dilakukan di parlimen?

Perikatan Nasional Takut Undi Percaya Parlimen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker