Zahid ‘Berdosa Besar’ Kepada UMNO

 

Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah melakukan ‘Dosa Besar’ kepada parti keramat itu selama memegang jawatan tersebut. 

Beliau yang kini menanggung akibat ‘Dosa Besar’ yang dilakukannya terus berjuang membersihkan nama serta imejnya di Mahkamah.

 

 

Hanya kerana enggan menurut arahan Tun Mahathir untuk membubarkan UMNO, Presiden UMNO itu dikenakan pelbagai tuduhan dan dakwaan di Mahkamah.

rujukan – Mahathir Mengaku Arah Zahid Bubar UMNO

Serangan politik terhadap Zahid juga tidak kurang hebatnya. Pembunuhan karektor yang dilakukan menerusi pelbagai cara namun masih gagal menamatkan karier politiknya.

Ada pihak lawan menggunakan proksi dalam UMNO untuk menyerang Zahid dengan menerbitkan buku 30 Dalil dan mengedarkannya kepada seluruh Bahagian UMNO.

Selain itu, terdapat juga gerakan tertentu mendesak agar Zahid segera meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO.

47 Pertuduhan Terhadap Zahid Ada Unsur Politik

Mengapa serangan terhadap Zahid diperhebatkan sedangkan beliau tidak memegang jawatan dalam kerajaan? Bukankah selama ini PPBM sendiri pernah melaungkan UMNO tidak kuat dan bakal terkubur sekaligus menjadikan PPBM sebagai parti terbesar orang Melayu?

Kegentaran terhadap Zahid dipercayai kerana beliau berganding tangan dengan Najib Razak bagi mempertahankan UMNO dari semua sudut serangan. 

Menghormati pandangan serta buah fikiran Najib menjadi antara intipati kekuatan Zahid melawan semua bentuk serangan yang dihalakan terhadapnya.

Zahid pernah berjanji UMNO akan kembali ke Putrajaya dalam tempoh 3 tahun dan mengejutkan ianya telah terbukti apabila Ismail Sabri kini menjadi Perdana Menteri Ke-9 selepas Perikatan Nasional tumbang awal Ogos lalu.

Semua pihak dalam UMNO termasuk mereka yang tidak menyukai Zahid perlu mengakui kekentalan Presiden UMNO.

Zahid yang mengemudi UMNO dengan gandingan mantap bersama Timbalan, Naib Presiden serta MKT UMNO merupakan satu ‘hadiah’ yang sangat bernilai buat UMNO itu sendiri.

Bayangkan jika beliau tunduk kepada pihak lawan ketika mengambil alih jawatan Presiden. Sudah pasti kini UMNO hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan dibingkaikan di muzium.

 

Justo Khianati Mahathir, Ramai Bakal ‘Senak Perut’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker