DAP Ambil Alih Tampuk N.Sembilan?

 

Tidak mustahil krisis yang melanda kepimpinan Negeri Sembilan mungkin akan menyebabkan DAP mengambil alih tampuk negeri tersebut dari PKR.

Berdasarkan kedudukan kerusi DUN yang dikuasai PH, DAP mempunyai 11 kerusi berbanding PKR 6 manakala AMANAH 3.

Tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang memecat Ketua Penerangan PKR N.Sembilan, Yusof Tapar menerusi sepucuk surat malam tadi.

Krisis ini berlaku apabila PKR N.Sembilan menyatakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun.

 

Mereka terdiri daripada empat Ketua Cabang PKR iaitu Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, tiga Ketua Pemuda Cabang (Rembau, Rasah dan Port Dickson),dua Timbalan Ketua Cabang PKR (Seremban dan Rembau), Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris,Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri, Rusnani Saring, Setiausaha Penerangan PKR Negeri, Madon Mislan, Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yek Diew Ching dan bekas Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri, Md Nordin Ismail.

Ada spekulasi menyatakan krisis tersebut berlaku kerana ada pengaruh dari luar yang mahu menguasai pemerintahan N.Sembilan.

Ianya melibatkan seorang bekas pemimpin PKR yang kini berada di sebuah parti lain. Selain itu, dipercayai pemimpin tersebut sedang berusaha memastikan parti yang beliau sertai sekarang bertanding di semua kerusi DUN N. Sembilan.

Ini bagi membolehkan beliau menyusun atur gerak langkah yang lebih meyakinkan kepimpinan parti dalam memastikan parti tersebut terus berada seiring dalam arus perdana politik negara.

Perang Anwar & Azmin Berebut Tampuk N.Sembilan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker